Shahril azuan
Perunding Hartanah & Trainer / Founder Otai Hartanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya Shahrill Azuan selaku Perunding Hartanah atau ejen hartanah berdaftar REN22930 yang berdaftar dengan agensi Kaizen Realty. Serba sedikit tentang diri saya untuk anda kenali hehe.. Harap-harap adalah yang sudi nak baca sampai habis…

Saya dah ceburi bidang hartanah lebih kurang 6 tahun bermula tahun 2014 sebagai part time dan sekarang alhamdulillah diberi peluang untuk berbakti untuk anak bangsa sendiri secara FULL TIME selama hampir 5 tahun. Takde lah lama sangat. Tapi dalam industri hartanah, 6 tahun tu agak panjang. Bidang ni bukanlah mudah. Ramai yang datang dan pergi. Bermacam-macam cabaran yang sudah saya lalui..Nak cerita senang kenalah cerita susah payah dulu kan ..

Latar Belakang

Saya anak seorang Peneroka Felda, dibesarkan juga di Felda Tenggaroh 3, Mersing Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tenggaroh 3 dan Sekolah Men di Felda Tenggaroh A, saya kemudian melanjutkan pelajaran ke Politeknik Diperingkat Diploma.

Saya mula bekerja di FGVH dan mula berjinak-jinak dan mempelajari selok belok dalam dunia perniagaan terutama dari segi perancang keewangan. Saya juga sangat berminat dalam perniagaan networking dimana tujuan saya hanyalah satu iaitu ingin membantu ramai orang diluar sana bebas keewangan dan hutang.

Bermula Kerjaya Ejen Hartanah

Dengan berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, saya berhenti kerja dan mulakan kerjaya Perunding Hartanah secara sepenuh masa. Saya pegang kata-kata sifu saya iaitu rezeki akan lebih banyak jika kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.d

Awal usia dalam bidang ejen hartanah, bukanlah mudah. Diuji dengan pelbagai cabaran berdepan dengan kes jual beli yang sukar. Namun dari benda sukar, jatuh bangkit inilah kita belajar sesuatu. Dari situlah ilmu yang saya dapat untuk bantu klien seterusnya dalam proses jual beli.

Alhamdulillah team di Johor setakat nie hampir 80 orang dengan kemasukan setiap bulan, dan jumlah keseluruhan team Kaizen diseluruh Malaysia hampir 250 orang.

Aktif Sebagai Ejen Hartanah

Sekalipun sibuk menguruskan team dari segi gerak kerja dan guide line..Itu bukan alasan untuk tidak berjaya dalam personal sales, antara tahap terbaik untuk diri sendiri ialah mendapat TOP REN SALES NO 1 Di Malaysia di Kaizen Realty. Alhamdulillah..

Mungkin kerana kepuasan. Bila suatu kes tu selesai dan saya lihat kegembiraan penjual melepaskan hartanah mereka. Pembeli pula seronok bila pinjaman mereka lulus. Seronok bila terima kunci. Perasaan tu lah satu kepuasan.

Misi Blog

5 tahun dalam industri ni, saya dah bantu ratusan pemilik dan pembeli dalam urusan jual beli. Dari pengalaman ini lah timbulnya idea untuk hasilkan blog ini.

Misi blog ini mudah sahaja:

Blog ini bertujuan memberi maklumat yang tepat dan sempurna untuk bantu pembeli dan penjual hartanah mencapai hajat mereka dalam jual beli hartanah

Sebenarnya jual beli hartanah ni melibatkan impian.

Seorang penjual melepaskan rumahnya kerana hasil dari jualan rumah itu, mereka ada hajat yang nak dicapai.

Ada yang nak beli rumah baru, tuai hasil pelaburan dan ada yang nak mulakan hidup baru selepas pengalaman tidak baik. Perceraian misalnya.

Pembeli pun begitu juga. Ada pembeli yang beli rumah pertama kerana nak mulakan kehidupan berumahtangga. Ada yang beli kerana pelaburan atau nak rumah yang lebih selesa.

Yang jadi halangan utama penjual dan pembeli ni adalah maklumat. Bagaimana nak uruskan jual beli supaya impian tersebut dicapai.

Malangnya, kekurangan maklumat tu lah selalunya yang buat kita dengar berlaku kes-kes jual beli yang tak berjaya dan lebih teruk lagi kes penipuan.

Itulah tugas yang saya ambil tanggung jawab, sebagai seorang ejen hartanah. Dan blog ini adalah wadahnya.

 

Sekian,

Shahrill Azuan Bin Abdul Razak,

Perunding Hartanah Berdaftar REN22930

 

Membantu dalam menguruskan urusan jual beli rumah sekitar Johor.”